R. ismail - Pengantin bersanding

Ha

Selamat bersanding pengantin baru
Di atas pelamin duduk berdua
Suami isteri yang amat padu
Rukun muafakat hingga ke anak cucu
Cantik sungguh mudah jauhari
Kedua pengantin suami dan isteri
Duduk seperti raja dan puteri
Sahabat saudara kanan dan kiri

Selamat pengantin baru
Kita ucapkan
Dipanjangkan jodoh selamat berkekalan

Ha

Suami isteri muda belia
Seperti pinang dibelah dua
Hidup sepakat sehati sejiwa
Semoga kekal sehingga tua

Wahai pengantin suami isteri
Aman dan damai setiap hari
Sama bersabar saling menghormati
Berkasih sayang kekal abadi


Selamat pengantin baru
Kita ucapkan
Dipanjangkan jodoh selamat berkekalan

Ha

Aturan kita bersuami isteri
Makan dan minum hendak di cukupi
Salah silap harus di maafi
Jalan yang selamat marilah cari

Suami isteri jangan keliru
Biarlah sabar tetap iman mu
Rupa yang cantik hai jangan diburu
Buruk dan miskin sudah jodoh mu

Selamat pengantin baru
Kita ucapkan
Dipanjangkan jodoh selamat berkekalan

Selamat pengantin baru
Kita ucapkan
Dipanjangkan jodoh selamat berkekalan

Selamat pengantin baru
Kita ucapkan
Dipanjangkan jodoh selamat berkekalan

Lyrics licensed by LyricFind